Thursday, December 15, 2016

Lampu Mentol ‘Ajaib’ Rakam Video Bogel Wanita

30 minit lalu
Lampu Mentol ‘Ajaib’ Rakam Video Bogel Wanita

Golongan wanita dinasihati berwaspada susulan penjualan kamera intip (spy camera) berbentuk lampu mentol ‘ajaib’ dan rantai kunci bagi merakam video bogel wanita secara sulit di hotel dan tandas.

Kamera intip itu dikesan boleh diperoleh dengan mudah oleh ‘kaki skodeng’ di pasaran pada harga serendah RM50 sehingga RM100.
Golongan lelaki gila seks dikatakan meletakkan kamera intip model baru itu di rumah atau bilik hotel untuk memerangkap mangsa.
Ketua Biro Pengaduan Awam MCA Datuk Seri Michael Chong berkata, kamera intip itu turut digunakan pihak tertentu untuk memeras ugut dan menindas mangsa.
Lampu Mentol ‘Ajaib’ Rakam Video Bogel Wanita

Dalam kes terbaru, seorang wanita membuat aduan diperas ugut teman lelaki selepas kegiatan seks mereka dirakam tanpa pengetahuannya.
“Mangsa yang mahu memutuskan hubungan sebaliknya diugut suspek yang mahu menyebarkan rakaman video itu di media sosial.
“Tindakan itu menyebabkan mangsa berusia 20-an berasa malu dan tertekan. Dia bimbang ketelanjurannya itu diketahui rakan sepejabat dan keluarga,” katanya.
Menurutnya, mangsa kemudian bertindak membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
“Memang tiada siapa menyangka objek menyerupai lampu mentol yang dipasang di dalam bilik itu adalah kamera intip.

“Sehingga kini pihak kami menerima lima aduan berhubung kes merakam video aksi wanita di dalam tandas dan hotel menggunakan kamera intip sejak tahun lalu,” katanya.
Dia berkata, orang ramai terutamanya wanita perlu sentiasa berhati-hati dengan kejadian itu supaya tidak menjadi mangsa.

Wednesday, December 14, 2016


Pelakon dan bintang Running Man, Song Ji Hyomenjadi perhatian apabila tampil tanpa sebarang solekan ketika melalui karpet merah sempena malam gala filem Will You Be There.
Song Ji Hyo jadi perhatian, hadiri karpet merah tanpa solekan
Song Ji Hyo jadi perhatian, hadiri karpet merah tanpa solekan
Malam gala filem tersebut yang berlangsung di Seoul, Korea semalam memperlihatkan Ji Hyo tampil dengan memakai pakaian kasual dan hanya mengenakan kasut sukan berwarna putih.
Menurut laporan Allkpop, Ji Hyo bagaimanapun berjaya mencuri perhatian ramai dengan gayanya yang bersahaja selain menerima pujian daripada peminatnya.
Malah Ji Hyo juga tidak mempunyai masalah memberikan jurufoto rasmi majlis tersebut untuk merakamkan wajahnya yang polos.
Dengan hanya sedikit calitan gincu dibibir, Ji Hyo tetap kelihatan cantik dan ceria sepanjang berada di karpet merah tersebut.
Penampilannya itu telah menjadi perbualan dikalangan netizen dan rata-ratanya terpegun dengan wajah dan kulit Ji Hyo yang cantik.
Selain itu, mereka juga kagum dengan cara penampilan Ji Hyo yang dianggap berbeza berbandingartis lain yang malu untuk menunjukkan wajah sebenar tanpa solekan

Sumber: Astro Gempak


18 minit lalu
Penyanyi Elizabeth Tan telah selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di tangannya.
Elizabeth Tan selamat dibedah buang ketumbuhan
ElizabethTan selamat dibedah buang ketumbuhan
Elizabeth menerusi laman sosial Instagram miliknya memberitahu doktor hanya melakukan sedikit pembedahan di tangannya dan dia kini sudah pulang berehat di rumah.
Menerusi entri tersebut peyanyi lagu Knock Knock itu kelihatan ceria selepas pembedahan.
Berikut merupakan kapsyen yang dimuat naik:

“Ramai tanya I buat surgery apa harini.. sebenarnya takde pape serious pun, just kena amek kluar growth yg ada kt tangan I (blh nmpk dlm gamba) . Tu je hehe. Skg lizzy tngh rehat kt rumah and everything is well. Terima kasih ye kpd semua yg bg wish and yg doakan lizzy utk get well soon. Hope you guys have a good rest too!”
Menerusi akaun Instagram, dapat dilihat Elizabeth ditemani ibunya ketika ke bilik pembedahan di sebuah hospital semalam.
Berikut merupakan foto serta video dia di hospital:

Sumber: Astro Gempak


‘Payudara Saya Asli, Mana Ada Pakai Silikon’ – Fazura

Memiliki aset payudara yang agak besar memungkinkan ramaipeminat yang suka, dan tidak lupa ada juga yang kurang senang dengan aset sebegitu rupa.
Ini yang terjadi pada Fazura, apabila timbul gosip mengatakan dikejarkan ke hospital kerana silikon dalam buah dada Fazura pecah. Itu berita yang sudah setahun lamanya berlaku.
Dan sekadar penyegar berita tentang Fazura yang sudah lama sepi dalam dunia hiburan ini, Fazura sewaktu dihubungi pihak media sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya isu dirinya yang dituduh membuat pembedahan plastik, apatah lagi silikon di dalamnya pecah.

“Aset saya asli, buat apa hendak memakai silikon semata-mata untuk kelihatan menarik. Saya hanya ketawa sahaja kerana merasa sangat lucu dan tidak sangka cerita sebegitu tiba-tiba muncul ke atas diri saya.”
“Saya bukan hendak menuduh sesiapa, cuma saya rasa mungkin pihak yang sengaja dengki dan mereka-reka cerita ini adalah dari kalangan teman-teman wanita saya sendiri,” katanya.

Tuesday, December 13, 2016


1 jam lalu


KLANG – “Saya hanya bekerja sebagai tukang urut sahaja di sini” demikian antara dakwaan seorang wanita warga Vietnam yang pasrah selepas ditangkap dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Batu Tiga Lama, dekat sini, semalam.
Hanya mahu dikenali sebagai Julia, katanya, kerja sebagai tukang urut itu dilakukan sebagai mata pencariannya.

“Saya perlukan wang sebelum pulang ke negara.
“Lagi pun, tahun depan saya akan berkahwin dan wang ini juga untuk perbelanjaan majlis itu nanti,” katanya ketika ditanya Sinar Harian.
Katanya, lebih memeranjatkan, dia yang berpakaian menjolok mata itu mengaku akan berkahwin dengan lelaki tempatan selain telah melakukan kerja ini sejak dua bulan lalu.
Tambahnya, dalam nada yang menggoda, dia memberitahu pendapatannya mencecah kira-kira RM2,000 sebulan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuan bermula jam 7.45 malam diketuai Inspektor MohdAnuar Ibrahim dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Klang Utara.
Beliau berkata, seramai 9 wanita warga asing membabitkan warga China, Vietnam dan Myanmar disyaki adalah pelacur dan tukang urut berjaya ditahan.

“Kita berdepan beberapa kesukaran kerana mereka menyembunyikan diri dan enggan membuka pintu biar pun beberapa anggota telah mengetuk pintu.
“Pintu terpaksa dibuka dengan bantuan pekerja hotel dan dapati ada antara mereka sedang menunggu pelanggan,” katanya.
Beliau memberitahu, beberapa barang telah dirampas seperti tuala,tisu, kondom dan minyak pelincir. – Sinar Harian


Bila ingin berkawan rapat dengan anak dara orang, pasti seorang lelaki budiman akan meminta kebenaran untuk terus berkawan dengan anak perempuan mereka.
Fattah Amin Mengaku Sudah Bertemu Dengan Keluarga Neelofa

Itulah yang dilakukan oleh Fattah Amin apabilabeliau mengakui sudah bertemu dengan keluarga Neelofa untuk meminta restu agar mereka boleh berkawan rapat.
Ada memang ada (jumpa keluarga). Perkara macam ini kita tidak tahu lagi. Jodoh itu ditangan Allah kita boleh merancang sahaja.
Kalau nak berkawan rapat dengan seorang perempuan, mestilah kena jumpa minta kebenaran keluarga. Saya seorang lelaki yang kalau hendak berkawan dengan perempuan dan ketara nampak di tempat awam, saya pastinya akan minta restu keluarga.
Fattah Amin Mengaku Sudah Bertemu Dengan Keluarga Neelofa
Pada masa yang sama, Neelofa yang turut hadir bersama Fattah di Anugerah Melodi TV3 baru-baru ini memberitahu beliau sudah sedia untuk menamatkan zaman bujangnya.
Saya pun dah 27 tahun. Saya rasa saya perlukan masa dan ruang bernafas jugauntuk buat pilihan terbaik untuk masa depan saya. Tapi (soal kahwin) sensitif sangat hendak cerita sebab ia melibatkan keluarga saya dan melibatkan orang lain juga. Saya tak nak sakitkan hati sesiapa.
Sekarang saya pun tak tahu siapa jodoh saya. Untuk sekarang saya berkawan dan pilihan masih terbuka dan biarlah ia berjalan seperti biasa.
Fattah Amin Mengaku Sudah Bertemu Dengan Keluarga Neelofa
Mesti peminat #lofattah cair mendengar kenyataan “gentleman” Fattah. Iyalah, bukan mudah hendak dapatlelaki yang sanggup bertemu dengan keluarga seseorang wanita itu ketika di awal perkenalan.  Ermm..

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Apa kes tetiba je perkataan BUNTAT menjadi trending di laman sosial khususnya di Twitter. Perkataan Buntat bermaksud bulat atau dalam perkataan lain adalah gemuk atau berisi jikalau dikaitkan dengan saiz badan. Bagi yang tidak mengikuti drama 7 Hari Mencintaiku, pasti hairan dan tertanya-tanya, kenapa semua orang mengemaskini status di Facebook dan Twitter dengan perkataan Buntat. Budiey berpeluang menonton drama ini dan agak terkilan apabila watak Buntat dimatikan. Ye lah, memang kalau korang baca novel 7 Hari Mencintaiku sememangnya watak ini akan mati pun.


Apa Sebab BUNTAT Jadi Trending di Laman Sosial Twitter?

Tahniah buat adik Muhammad Ariff Abdullah yang berasal dari Kedah di atas lakonan yang berjaya menyentuh hati penonton. Ramai yang mengalirkan air mata apabila babak semasa Buntat menyelamatkan Mia dari dipukul. Tak sangka seorang budak yang naif berjaya mempertahankan wanita. Bravo!
Budiey dengar ada penerbit ada buat filem Buntat The Movie. Wah, ini satu content yang bagus sebab lakonan budak comel ni memang nampak natural dan spontan.
Budiey suka petik status dari kawan-kawan kat Facebook:
“Bagi yang tertanya2 dan tak tengok…buntat ni watak dalam drama bersiri 7 hari mencintaiku lakonan budak chub berasal dari jitra, kedah…buntat ni budaknya manja dan penyayang…dia datang dari keluarga yang kurang berkemampuan tapi agak rapat dengan keluarga khuzairi (watak utama drama bersiri tu) buntat nampak macam kurang upaya tapi sebenarnya tak…kisahnya first time jumpa mia…mia jijik dengan c buntat ni…kemudian mia mula lembut hati dan bersetuju nak biaya pembelajaran buntat…telepas episod yang dia stay dgn c adi tu…so nak jadi cerita…c buntat ni demam sbb didera dgn c adi ni…pastu sophie dtg nak tgk n ajak mia tgk skali…tup2 c khalil setan babi tu dtg n nak cuba culik c mia…mulalah pegelutan…buntat terdengar suara mia…dia trus bingkas keluar utk slamatkan mia…tp buntat terbunuh masa c khalil nak pukul mia…itulah alkisahnya.” – Deeny
Harian Metro online hari ni juga menyiarkan tentang watak Buntat:
Penerbit drama 7 Hari Mencintaiku Datuk Ziela Jalil terharu apabila watak Buntat menjadi ‘trending’ di laman sosial sejak petang semalam.
Ziela menyifatkan watak Buntat lakonan Adik Muhammad Ariff Abdullah, 12, semula jadi dan tidak dibuat-buat.
“Alhamdulillah saya seronok apabila mendapat tahu penonton tersentuh dan menyukai watak Buntat. Sebagai penerbit saya mengagumi lakonan Adik Ariff kerana dia kelihatan sangat semula jadi apabila berlakon.
“Apabila ada drama kekeluargaan seperti ini iaitu sedih, sebenarnya ia secara tak langsung dapat melembutkan hati penonton. Apa tidaknya mereka turut sama merasai apa yang disampaikan dalam drama ini,” katanya kepada Harian Metro.
Ziela yang juga pelakon drama Tuan Anas Mikael tidak keberatan untuk menawarkan drama lain kepada Ariff selepas ini.
Bagi Ziela bakat yang ada dalam diri pelakon kanak-kanak itu wajar untuk diketengahkan.
“Walaupun pada awal episod banyak yang mengkritik drama ini yang mengatakan mengajar golongan wanita derhaka pada suami dan mak mentua, tapi sebenarnya banyak pengajaran yang disampaikan di sebalik jalan ceritanya.

“Apabila setiap watak membuka hati dan minda, pasti saja banyak iktibar yang boleh diambil. Contoh terdekat watak Buntat,” katanya.
Ziela berkata, drama itu adalah lakonan pertama Ariff di bawah produksi miliknya.
Difahamkan Ariff bakal muncul dalam filem Jibam pada Julai tahun hadapan yang mana diangkat daripada siri komik popular Ujang.
Terdahulu watak Buntat menjadi bualan pengguna laman sosial apabila watak itu meninggal dunia.
Rata-rata komen yang ditulissedih dengan babak itu dan memuji lakonan Ariff.

Pada masa sama, banyak juga yang tertanya-tanya apa dan siapa itu Buntat selepas peminat siri ini menulis di laman sosial masing-masing.
Drama yang disiarkan menerusi slot Akasia di TV3 ini menampilkan pelakon Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai watak utama.
background